Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, 12 April 2017

Terma & Syarat



NOTIS PERINGATAN

1.    Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan homestay dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.

2.    Semua suis elektrik hendaklah ditutup selepas digunakan. Penghuni diingatkan supaya menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila  meninggalkan rumah.

3.    Tetamu yang menginap di sini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan City Meru Homestay berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

4.    Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan City Meru homestay.

5.    Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.

6.    Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.

7.    Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.

8.    Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.

9.    Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.

10.  Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan City Meru Homestay bila anda check-out.

11.  Tidak dibenarkan membawa arak, pork/bak kut teh, dadah dan apa juga barangan larangan yang salah di sisi undang-undang ke dalam City Meru Homestay.

12.  Sebarang anjuran parti liar dan salah di sisi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di City Meru Homestay.

13.  Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam City Meru Homestay untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami.

14.  Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam City Meru Homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya.  Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus City Meru Homestay.

15.  Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman City Homestay minta mereka menghubungi pihak City Meru Homestay sendiri.

16.  Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke City Homestay. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus City Meru homestay  sahaja.

17.  Setiap peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan.

18.  Kerja-kerja pembersihan homestay hanya akan dilakukan setelah penyewa check-out. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menjaga kebersihan homestay selama tempoh menginap.

19.  Pihak pengurusan City Meru Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka dan harta benda masing-masing kerana kelalaian mereka atau keadaan yang di luar kawalan pihak pengurusan City Meru Homestay.

Keselesaan & keselamatan anda keutamaan kami.
 SELAMAT BERCUTI.
TEL.pngSekian, terima kasih.


ALONG : 019-7554281
SITI : 019-7002499