NOTIS PERINGATAN
1.
Anda
bertanggungjawab menjaga keselamatan homestay dan barang-barang yang
disediakan dalam homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar
meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup
dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
2.
Semua
suis elektrik hendaklah ditutup selepas digunakan. Penghuni diingatkan supaya
menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila
meninggalkan rumah.
3.
Tetamu
yang menginap di sini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri
barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku
kecurian atau kerosakan pihak pengurusan City Meru Homestay berhak menuntut
bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
4.
Tidak
dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa
kebenaran pihak pengurusan City Meru homestay.
5.
Sila
buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang
disediakan.
6.
Bagi
tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
7.
Tidak
dibenarkan membawa binatang peliharaan.
8.
Tidak
dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan.
Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni
lain.
9.
Pastikan
semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
10.
Kunci
rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan City Meru Homestay bila anda
check-out.
11.
Tidak
dibenarkan membawa arak, pork/bak kut teh, dadah dan apa juga barangan larangan
yang salah di sisi undang-undang ke dalam City Meru Homestay.
12.
Sebarang
anjuran parti liar dan salah di sisi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali
diadakan di City Meru Homestay.
13.
Jangan
membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam City Meru Homestay untuk apa
tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak
homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak
homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun
setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami.
14.
Jika
anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam City Meru Homestay,
sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda
sepenuhnya. Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera
menelefon pengurus City Meru Homestay.
15.
Jika
ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman City Homestay
minta mereka menghubungi pihak City Meru Homestay sendiri.
16.
Jangan
membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke City
Homestay. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus City Meru homestay sahaja.
17.
Setiap
peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan.
18.
Kerja-kerja
pembersihan homestay hanya akan dilakukan setelah penyewa check-out. Sehubungan
itu, adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menjaga kebersihan homestay
selama tempoh menginap.
19.
Pihak
pengurusan City Meru Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan,
kerosakan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni
atau tetamu mereka dan harta benda masing-masing kerana kelalaian mereka atau
keadaan yang di luar kawalan pihak pengurusan City Meru Homestay.
Keselesaan & keselamatan anda keutamaan kami.
SELAMAT BERCUTI.
Sekian,
terima kasih.
|
|
ALONG : 019-7554281
SITI : 019-7002499
|
|